Monday, May 23, 2005

antara karya ku....:)

DUNIA PENTAS LAKONAN

Jika dunia pentas lakonan,
Beranikah kita menyahut cabaran,
Bergelar pelakon pilihan
Dinobat sebagai terhebat,
Dicanang sebagai pemenang,
Pentas lakonan dikuasai,
Tidak sekali menarik diri,
Saingan hebat ditandingi,
Yang dikejar adalah satu pengiktirafan,
Iktiraf bahawa kitalah orang-orang yang mampu berjaya,
Dalam pentas lakonan yang kita corakkan dengan daya usaha.

Jika dunia pentas lakonan,
Siapakah yang menjadi saingan,
Kita beraksi,
Kita jugalah yang menyaksi,
Jatuh bangun kita rasai,
Saingan ada dlm diri sendiri,
Malas usaha, kejayaan usah diimpi,
Usaha berganda, impaknya kita kecapi..
Hapuskan saingan dlm diri, kerana kita mampu menyaingi..


Jika dunia pentas lakonan,
Iktiraf siapa yang kita mahu,
Tabik siapa yang kita tunggu,
Hormati diri,
Yakinkan hati,
Kerana….
Yang layak mengiktiraf,
Yang mampu memberi tabik,
Hanya diri kita sendiri….
Sedarlah…
Pentas lakonan itu adalah pentas lakonan kita….

7 comments:

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Pesan Imam Al-Ghazali : "Bekunya air mata kerana kerasnya hati, keras hati disebabkan banyaknya dosa, banyaknya dosa sebab panjang angan2, panjang angan2 kerana terlalu cintakan dunia"

Mohd Daharudin Haji Daud said...

My one heart, two eyes, five liter blood, 1.2 millions red cells n 60 trillion DNA's wishing you : All the best in Final Exam

Mohd Daharudin Haji Daud said...

siapa yg dikehendaki Allah mdpt kebaikan, maka dianugerahi kpdnya seorg teman yg soleh. Seandainya dia lupa,teman i2 akn mperingatinya & bila teman i2 mperingatknnya,dia pula akn menolongnya -hadith-

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Dunia ini bagaikn lautan yg dlm, byk org yg sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jdkn taqwa kpdNya sbg bahteramu, iman sbg muatannya & tawakal sbg layarnya. Moga2 kau broleh kejayaan -Luqman al-Hakim-

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Kata ustaz anjang : "Bila kita keseorangan bukanlah kita tidak berteman,bukan jua kita bersendirian tp akal yang sejengkal itulah teman, ilmu di dada itulah kawan, iman yang kukuh itulah sahabat"

Mohd Daharudin Haji Daud said...

Tanpa sedar aku
Setiap saat dan waktu
Hari berlalu
Aku seakan tidak mengerti
Masih lagi tersisa rindu pada-Mu?

Sampai bila aku begini
Walau sesaat hati berkecamuk
Bagai samudera
Sering dilanda badai
Rinduku pada-Mu
Kian terasa bahang

Andai tanpa bicara itu
Lebih menyenangkan
Andai hadirku itu
Hanya menyusahkan
Andai berjauhan itu
Mendamaikan hati
Andai rindu itu lebih indah
Mampukah aku bedung perasaan?

Siapalah aku untuk lari
Setiap detik dalam penglihatan-Mu
Biarlah jendela hatiku
Hanya diketuk oleh rahmat kasih sayang-Mu
Biar batinku dijamu rindu
Emosiku diganti ilmu
Tetapkan hatiku merindui-Mu