Monday, May 23, 2005

cubaan pertama menulis...(",)

TERFIKIR AKU……

Terfikir aku…..
Beginikah aku selamanya,
Bagai sampan yang tidak berpendayung,
Di tolak ke kanan aku mengharung,
Di bawa ke kiri, aku terusung,
Tenang gelora aku beruntung,
Badai ganas melanda, aku kan murung

Terfikir aku…..
Inikah diri aku yang sebenar,
Berpaut pada dahan yang hampir patah,
Terus berpaut, aku yang payah,
Dahan ku harap semakin goyah,
Dilepas pegangan, kian parah,
Tiada dahan, kuhilang arah.

Terfikir aku….
Indahkah hidupku begini,
Bagai semut mendapat gula,
Terasa bahagia seisi dunia,
Apa dicari telah kujumpa,
Semut dan gula gandingan sempurna,
Tidak ku sedar dalam bahaya,
Mudharat menanti hampir ku lupa.

Lantas aku sedari…
Memang perlu aku fikirkan…
Aku harus membuat perubahan,
Takuk lama perlu kutinggalan,
Pendayung sampan perlu kusediakan,
Dahan patah harus digantikan,
Gula ku sukat mengikut keperluan,
Kerana walau apa pun terjadi,
asam garam itulah yang pasti kulalui…..




1 comment:

ecah said...

huyooooo..beh giler !!!!! mmg berbakat jiddan jiddan!!!!....mantap Mantap!!