There was an error in this gadget

Monday, May 23, 2005

antara karya ku....:)

DUNIA PENTAS LAKONAN

Jika dunia pentas lakonan,
Beranikah kita menyahut cabaran,
Bergelar pelakon pilihan
Dinobat sebagai terhebat,
Dicanang sebagai pemenang,
Pentas lakonan dikuasai,
Tidak sekali menarik diri,
Saingan hebat ditandingi,
Yang dikejar adalah satu pengiktirafan,
Iktiraf bahawa kitalah orang-orang yang mampu berjaya,
Dalam pentas lakonan yang kita corakkan dengan daya usaha.

Jika dunia pentas lakonan,
Siapakah yang menjadi saingan,
Kita beraksi,
Kita jugalah yang menyaksi,
Jatuh bangun kita rasai,
Saingan ada dlm diri sendiri,
Malas usaha, kejayaan usah diimpi,
Usaha berganda, impaknya kita kecapi..
Hapuskan saingan dlm diri, kerana kita mampu menyaingi..


Jika dunia pentas lakonan,
Iktiraf siapa yang kita mahu,
Tabik siapa yang kita tunggu,
Hormati diri,
Yakinkan hati,
Kerana….
Yang layak mengiktiraf,
Yang mampu memberi tabik,
Hanya diri kita sendiri….
Sedarlah…
Pentas lakonan itu adalah pentas lakonan kita….

cubaan pertama menulis...(",)

TERFIKIR AKU……

Terfikir aku…..
Beginikah aku selamanya,
Bagai sampan yang tidak berpendayung,
Di tolak ke kanan aku mengharung,
Di bawa ke kiri, aku terusung,
Tenang gelora aku beruntung,
Badai ganas melanda, aku kan murung

Terfikir aku…..
Inikah diri aku yang sebenar,
Berpaut pada dahan yang hampir patah,
Terus berpaut, aku yang payah,
Dahan ku harap semakin goyah,
Dilepas pegangan, kian parah,
Tiada dahan, kuhilang arah.

Terfikir aku….
Indahkah hidupku begini,
Bagai semut mendapat gula,
Terasa bahagia seisi dunia,
Apa dicari telah kujumpa,
Semut dan gula gandingan sempurna,
Tidak ku sedar dalam bahaya,
Mudharat menanti hampir ku lupa.

Lantas aku sedari…
Memang perlu aku fikirkan…
Aku harus membuat perubahan,
Takuk lama perlu kutinggalan,
Pendayung sampan perlu kusediakan,
Dahan patah harus digantikan,
Gula ku sukat mengikut keperluan,
Kerana walau apa pun terjadi,
asam garam itulah yang pasti kulalui…..




Friday, May 20, 2005

wait for my next posting..

alamak... ade something nak letak kat sini.. tapi tak bawak lak copy nye... wait aaa.....

welcome to my world!

assalamualaikum.. selamat datang ke dunia saye... takde ape yang menarik tapi sekadar berkongsi ape2 yang patut dikongsi....... go go zaidah!! :) enjoy yourself......